Sunday, January 31, 2010

Kalut yang mengarut..

Hari ini adalah antara hari yang paling kalut yang pernah aku lalui..Tapi dalam kekalutan timbul pula kesedaran tentang erti persahabatan yang sebenar.
Dan kerana itu jugalah aku kini mula sedar betapa aku terlalu kalut dengan kehidupan baruku di sini sehinggakan aku lupa dengan orang di sana..

Hiprokasi??

Ada di antara yang hidup berpura-pura agar titik hitam dalam sejarah hidup kita dapat dilupakan..Ada pula yang berpura-pura agar siapa diri mereka sebenar tidak diketahui oleh orang lain.. Dan ada pula yang hidup dalam kepura-puraan,agar mereka dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan orang lain..

MISI..

Kenapa bila kita benar-benar mahu bercakap dengan seseorang tetapi seseorang itu tidak pernah menyambut kata-kata kita?
Tapi aku tidak patut putus asa, bak kata chef Roze,semua yang kita lakukan jika ada usaha pasti akan berjaya walaupun ada halangannya..Begitu juga dengan misi aku untuk mencari ayahku..Masih belum berakhir..Diam bukan bererti mengalah tetapi mengumpul kekuatan menghadapi segala halangan..

Suka tak semestinya minat..

Kerja menjarakkan lagi hubungan aku dengan Cherrina yang mungkin sedang merajuk..Tetapi hari ini aku telah belajar sesuatu. Tidak semestinya sesuatu perkara dilakukan secara terpaksa itu tidak boleh dihayati dan disukai kemudiannya..
Yalah siapa sangka Ryz yang pandai memasak itu sebenarnya tidak minat memasak. Aku yakin setiap manusia ada kepuasan dan keinginannya sendiri tapi yang menghalangnya mungkin nasib..Entah apa pula nasib aku di masa hadapan..

Minggu pertama di Kuala Lumpur..

Minggu pertama di Kuala Lumpur.Banyak dugaan yang terpaksa aku lalui ketika berada di sini..Aku rindukan orang-orang yang telah aku tingggalkan untuk pencarianku. Yang aku tahu akan mematangkanku. Kuala Lumpur banyak mencabar tahap kesabaranku,tapi mujurlah..masih ada orang-orang kat sini yang ada untuk membantuku..

Salah anggap..

Dalam kehidupan ini seringkali kita bersikap terlalu yakin dengan apa yang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri atau apa yang kita dengar sehingga menyebabkan kita sering tersalah anggap.Apa apapun aku harap mak dan kakak tidak tersalah anggap dengan niatku mencari ayahku di sini..Aku hanya mahukan jawapan darinya..Tak lebih dari itu..

Sunday, January 24, 2010

MANUSIA YANG MEMANG MANUSIA!!

Melihatkan semakin banyak kes ragut,rogol bunuh dan kes-kes yang tak senang didengari,aku sedar sekarang masanya untuk kita mula bertindak dan memikirkan perlu ke untuk kita menjalankan hukum dan undang-unang yang bersifat hudud dan Islamic..Entahlah..
Agaknya kita terlalu taksub dengan dunia yang semakin moden dan dengan segala kecanggihan yang ada sekarang ini,tak salah kalau kita menggunakan segala kecanggihan ini untuk membendung penambahan kes-kes yang tak sepatutnya..Ke,kita sebagai manusia ni kena berubah..Bukan apa,ada suatu ketika aku terlihat situasi ibu yang mengandung dan menjadi mangsa ragut berdekatan Pasar Seni..Ibu ini sedang menunggu teksi dan tiba-tiba,dia diragut oleh dua orang lelaki yang tak dikenali..Yang peliknya,tiada seorang pun yang membantu..Bantu 'tengok jer' adalah..Apa nak jadi manusia sekarang ni..Apa kejadahnya semua ini (thanx to Wan Kamaruddin who made this phrase became popular)..
Agaknya benarlah kata orang,kalau dah namnya manusia,memang manusia..